Follow|Home
Rabu, 5 September 2018 | 5.9.18 | 0 comments


👉  Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.


  👉Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.


Berikut merupakan panduan untuk membentuk konsep kendiri yang positif ke atas individu.


·         Pastikan matlamat yang hendak dicapai adalah jelas

·         Pastikan matlamat yang hendak dicapai adalah praktikal dan realistik dalam membentuk konsep kendiri

·         Membuat keputusan sendiri dan bersedia menanggung risiko daripada keputusan yang diambil

·         Mengimpikan hasil yang positif

·         Membentuk kemahiran professional untuk mengukuhkan konsep kendiri

·         Menggunakan kaedah sokongan dengan memberi  ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri di atas prestasi yang telah dicapai

·         Menerima hakikat kelemahan diri.



0 Ulasan available :

Catat Ulasan