Follow|Home
Sabtu, 15 September 2018 | 15.9.18 | 0 comments


👉 Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.

👉   Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa.

👉   Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

👉   Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk

memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:

(a) Menyimpan jurnal atau diari;

(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;

(c) Menilai kerja sendiri;

(d) Mengisi borang;

(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;

(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;

(g) Melaksanakan projek secara individu;

(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;

(i) Membuat refleksi secara senyap;

(j) Menggunakan teknik metakognitif(menyedari teknik pembelajaran sendiri dan dapat menjelaskannya);

(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan

(l) Menggunakan kemahiran menaakul.



0 Ulasan available :

Catat Ulasan