Follow|Home
Isnin, 24 Jun 2019 | 24.6.19 | 0 comments

عَلِيمٌ حَكِيمٌ

حكوم - اظهار حلقي

 سبوتن نون دڠن جلس تنڤا دڠوڠ  چارا باچاءن  



Rabu, 3 Oktober 2018 | 3.10.18 | 0 comments

Tanpa sosial, kita dapat diibaratkan seperti katak di bawah tempurung kerana tidak mengendahkan suasana di sekeliling kita. Sosial amat penting bagi menjana keyakinan kita di khalayak ramai. Terdapat pelbagai cara untuk bersosial secara sihat yang dapat dicontohi oleh pelbagai pihak. Kegagalan untuk bersosial secara sihat akan mengundang padah kepada diri sendiri, masyarakat dan negara



Khamis, 20 September 2018 | 20.9.18 | 0 comments

  Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.
💢 Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada.

💢Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. (sekarang)

💢 Tujuannya  adalah untuk :
👉  membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.

👉 meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya.


💢Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita adalah terhad sebagai pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki.

💢 Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat universiti.

💢 Wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.

💢  Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita.

💢  Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita.

💢 Kegiatan yang negatif mungkin menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.

💢Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif ditangkap dan diamsukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.

💢 Sehubungan itu, wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan.

💢 Oleh itu, lelaki zaman ini perlu berusaha lebih untuk meningkatkan pencapaian diri.



Selasa, 18 September 2018 | 18.9.18 | 0 comments


👉  Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

👉  Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).

👉  Boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan sebagainya.

a. BLOG

💥 Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber

    maklumat internet.

💥 Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.

💥 Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen.

💥 Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik

    mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.

b. FACEBOOK

💥  Menghubungkan pelajar dan pensyarah secara tidak langsung melalui komuniti pembelajaran.

💥  Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa.

💥 Meningkatkan interaksi antara pensyarah/guru dengan pelajar dan

💥  sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web.

💥  Dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran dari rakan-rakan yang lain. 

💥  Digunakan untuk muat naik gambar, memberikan tag nama kepada

💥  gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.

💥  Boleh membina set gambar untuk menyusun dengan mudah dan

💥  menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran

💥  berkomuniti.

💥  Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.

c. TWITTER

💥  Siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet yang ringkas.

💥  Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms.

💥  Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.




Ahad, 16 September 2018 | 16.9.18 | 0 comments


👉  Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku.

👉 Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.

👉  Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.

👉   Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.



Sabtu, 15 September 2018 | 15.9.18 | 0 comments


👉 Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.

👉   Kemahiran ini membolehkan seseorang mempelajari tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa.

👉   Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

👉   Dengan mengenali kekuatan dan kelemahan diri, mereka dapat menentukan hala tuju kehidupan.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pelajar-pelajar untuk

memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:

(a) Menyimpan jurnal atau diari;

(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;

(c) Menilai kerja sendiri;

(d) Mengisi borang;

(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;

(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;

(g) Melaksanakan projek secara individu;

(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;

(i) Membuat refleksi secara senyap;

(j) Menggunakan teknik metakognitif(menyedari teknik pembelajaran sendiri dan dapat menjelaskannya);

(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan

(l) Menggunakan kemahiran menaakul.



Rabu, 5 September 2018 | 5.9.18 | 0 comments


👉  Kemahiran antara perseorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.


  👉Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.


Berikut merupakan panduan untuk membentuk konsep kendiri yang positif ke atas individu.


·         Pastikan matlamat yang hendak dicapai adalah jelas

·         Pastikan matlamat yang hendak dicapai adalah praktikal dan realistik dalam membentuk konsep kendiri

·         Membuat keputusan sendiri dan bersedia menanggung risiko daripada keputusan yang diambil

·         Mengimpikan hasil yang positif

·         Membentuk kemahiran professional untuk mengukuhkan konsep kendiri

·         Menggunakan kaedah sokongan dengan memberi  ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri di atas prestasi yang telah dicapai

·         Menerima hakikat kelemahan diri.



Selasa, 4 September 2018 | 4.9.18 | 0 comments



Penyesuaian ialah proses adaptasi.

Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.

Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.

Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.